Tuesday, November 13, 2007

BERSIH: Menggadai Maruah Negara

Reformasi dan demonstrasi yg dikepalai oleh penyangak negara yg berangan2 besar untuk menjadi Perdana Menteri suatu masa dahulu, boleh menjurus kepada penggadaian maruah negara yg aman ini.

Tidakkah mereka fikir, dengan berhimpun beramai (dikatakan angka mencecah 100, 000 orang) secara haram, memakai baju kuning untuk menyerahkan memorandum di Istana Negara boleh menggugat kesejahteraan negara?

Tidak sedarkah mereka dengan berbuat demikian, negara2 luar sedang memerhati untuk mencari lubang untuk mencerap masuk untuk campur tangan urusan negara Malaysia yg tercinta ini?Akan dijadikan pihak US itu, Singapura, mahupun Australia untuk menjadi 'anjing' untuk mencengkam Malaysia yg sudah 50 tahun merdeka ini?

Tidakkah mereka yg terlibat dlm perhimpunan ini berfikir dgn akal mereka bahawasanya, Yang diPertuan Agong tidak sama sekali akan melibatkan diri dlm kancah politik? Budak sekolah menengah pun tau prinsipal ini...

Tak perlulah nak berbuat sebegini, memanggil wartawan luar negara utk membuat liputan. Ia adalah sangat memalukan. Sesungguhnya, mereka yg terlibat ini dilaknati Allah kerana berkeinginan untuk meruntuhkan Negara.

No comments: